Sabtu, 28 Mei 2011

Pencemaran sungai


Assalamualaikum, jawapan bagi soalan penyejatan air : proses sejatan dan pendidihan ialah proses yang sama kerana kedua-dua proses ini menukarkan air menjadi gas dan meyerap haba. Kembali kepada tajuk.




Gambar dia ata menunjukkan pencemaran air yang berlaku. Banyak punca-punca yang menyebabkan pencemaran air berlaku. Antaranya ialah :

  1. Pembuangan sisa toksik - pembuangan sisa toksik daripada kilang-kilang yang berhampiran dengan sungai menyebabkan pencemaran sungai. Pihak kilang sesuka hati membuang sisa-sisa daripada kilang mereka di sungai begitu sahaja.Jadi, pihak perkuasa atau jabatan alam sekitar harus mengawal dan mendenda kepada mereka yang telah membuang sisa toksik di sungai.
  2. Pembuangan sampah-sarap -pembuangan sampah sarap daripada kawasan rerumahan atau tempat tinggal juga menyebabkan berlakunya pencemaran air.Penduduk membuang sampah dan najis ke dalam sungai dan menyebabkan sungai menjadi kotor dan berbau.
Jadi, kita sebagai rakyat yang tinggal di Malaysia pasti tidak mahu sungai-sungai di negara kita menjadi kotor.Pihak berkuasa atau Jabatan Alam Sekitar harus memikirkan cadangan untuk mengatasi masalah pencemaran air agar tidak berleluasa.



TERIMA KASIH SEBAB SINGGAH SINI, SILA DATANG LAGI

penyejatan air

Assalamualaikum, tajuk hari ini ialah penyejatan air. Untuk pengetahuan anda, penyejatan air ialah proses perubahan air kepada gas di permukaan air. Banyak faktor yang mempengaruhi kadar sejatan air.Antaranya ialah:

  • Kelembapan Udara- jika kelembapan udara rendah, kadar sejatan lebih tinggi
  • Luas Permukaan    - jika luas permukaan itu besar, kadar sejatan akan tinggi
  • Gerakan Angin      - jika udara bergerak, kadar sejatan akan menjadi tinggi
  • Suhu Persekitaran  - jika suhu bertambah, kadar sejatan akan tinggi
soalan untuk tajuk ini;  adakah sejatan dan pendidihan adalah proses yang sama? 

TERIMA KASIH SEBAB SINGGAH SINI, SILA DATANG LAGI

Jumaat, 27 Mei 2011

kitaran air



Cuba perhatikan gambar di atas dengan teliti.Gambar tersebut menunjukkan kitaran air semulajadi.Kitaran ini berlaku dalam kehidupan harian kita.

TERIMA KASIH SEBAB SINGGAH SINI, SILA DATANG LAGI

pengenalan air .

Air. air merupakan salah satu asas hidup bagi setiap hidupan. tanpa air, benda bernyawa pasti tidak bernyawa.

komposisi air.

                                            


Air merupakan satu molekul yang terdiri daripada hydrogen dan oksigen dengan nisbah 2:1.

Air juga boleh wujud dalam beberapa bentuk.Cuba teka berapa?
Jawapannya 3 iaitu :


Ais (pepejal) <=> Air (cecair) <=> Wap (gas)


ciri-ciri air.


  • pada suhu bilik, air berada dalam bentuk cecair.
  • pada takat beku, air berada dalam bentuk pepejal.
  • pada takat didih pula, air berada dalam bentuk gas.


Untuk pengetahuan anda, air dapat dipecahkan kepada oksigen dan hidrogen melalui proses elektrolisis.Kepada pelajar yang berada di Tingkatan Dua atau sudah melepasinya, pasti sudah tidak asing lagi dengan eksperimen ini.Kesimpulannya,atom hidrogen adalah dua kali daripada atom oksigen di dalam air.

TERIMA KASIH SEBAB SINGGAH SINI, SILA DATANG LAGI