Assalamualaikum, jawapan bagi soalan penyejatan air : proses sejatan dan pendidihan ialah proses yang sama kerana kedua-dua proses ini menukarkan air menjadi gas dan meyerap haba. Kembali kepada tajuk.
Gambar dia ata menunjukkan pencemaran air yang berlaku. Banyak punca-punca yang menyebabkan pencemaran air berlaku. Antaranya ialah :
- Pembuangan sisa toksik - pembuangan sisa toksik daripada kilang-kilang yang berhampiran dengan sungai menyebabkan pencemaran sungai. Pihak kilang sesuka hati membuang sisa-sisa daripada kilang mereka di sungai begitu sahaja.Jadi, pihak perkuasa atau jabatan alam sekitar harus mengawal dan mendenda kepada mereka yang telah membuang sisa toksik di sungai.
- Pembuangan sampah-sarap -pembuangan sampah sarap daripada kawasan rerumahan atau tempat tinggal juga menyebabkan berlakunya pencemaran air.Penduduk membuang sampah dan najis ke dalam sungai dan menyebabkan sungai menjadi kotor dan berbau.