Sabtu, 28 Mei 2011

Pencemaran sungai


Assalamualaikum, jawapan bagi soalan penyejatan air : proses sejatan dan pendidihan ialah proses yang sama kerana kedua-dua proses ini menukarkan air menjadi gas dan meyerap haba. Kembali kepada tajuk.




Gambar dia ata menunjukkan pencemaran air yang berlaku. Banyak punca-punca yang menyebabkan pencemaran air berlaku. Antaranya ialah :

  1. Pembuangan sisa toksik - pembuangan sisa toksik daripada kilang-kilang yang berhampiran dengan sungai menyebabkan pencemaran sungai. Pihak kilang sesuka hati membuang sisa-sisa daripada kilang mereka di sungai begitu sahaja.Jadi, pihak perkuasa atau jabatan alam sekitar harus mengawal dan mendenda kepada mereka yang telah membuang sisa toksik di sungai.
  2. Pembuangan sampah-sarap -pembuangan sampah sarap daripada kawasan rerumahan atau tempat tinggal juga menyebabkan berlakunya pencemaran air.Penduduk membuang sampah dan najis ke dalam sungai dan menyebabkan sungai menjadi kotor dan berbau.
Jadi, kita sebagai rakyat yang tinggal di Malaysia pasti tidak mahu sungai-sungai di negara kita menjadi kotor.Pihak berkuasa atau Jabatan Alam Sekitar harus memikirkan cadangan untuk mengatasi masalah pencemaran air agar tidak berleluasa.



TERIMA KASIH SEBAB SINGGAH SINI, SILA DATANG LAGI

1 ulasan: